Monday, 27 March 2017

Amalkan Wudhu sebelum pergi membeli belah atau berbelanja.

Assalamualaikum bloggers dan readers sekalian alam.

Ini adalah post pertama saya. Agak lama juga saya memikirkan apakah yg patut saya kongsikan memandangkan ini adalah post pertama sebagai pembukaan. Lalu otak saya pun berkata alangkah baiknya kalau saya memulakan sesuatu yg dapat memberi manfaat kepada anda sekalian. jadi inilah entrinya... kelebihan berwudhu sebelum membeli belah.

Mesti awak hairan kan..kenapa pulak perlu berwudhu sebelum shopping.. ini ceritanya.

Saya dulu bukanlah orang yg selalu berwudhu sebelum pergi ke mana-mana..ke kedai..shopping complex..pasar ikan dsbg.  Tapi pengalaman saya semasa melawat ke negara komunis sekitar tahun 2015 yang lalu ingin saya kongsikan dgn anda semua. 

Seperti hari-hari biasa, seandainya saya berkesempatan maka saya akan mengambil sedikit masa utk solat dhuha. Namun pada hari itu, sebelum melawat ke pasar sayur ikan di negara komunis tersebut saya menunaikan solat dhuha terlebih dahulu. dan usai melakukan solat saya cuba sedaya upaya untuk menjaganya dari terbatal. selesai solat dhuha saya bertemankan seorang rakan memulakan langkah kami ke pasar sayur tersebut. Saya membayangkan kalau masuk pasar sayur sudah tentu lantainya basah dan mungkin terpercik ke kaki. memandangkan saya ini agak penggeli dan tidak suka menghabiskan masa berjam-jam mencuci kaki didalam bilik air, saya memakai stoking. 

Setibanya kami di pasar tersebut, kami berjalan - jalan survey sayur, buah-buahan serta produk tempatan yg dijual oleh orang lokal. Satu perkara yg saya ingatkan diri sendiri sebelum ke mana-mana, org penjual kat mana-mana tempat pun kita pergi tak kisah la negara islam atau bukan islam, amalan pemujaan serta penggunaan ilmu pelaris ni memang sentiasa ada. Cuma bahasa dan versi amalan tu je yg tak sama. 

Hampir setiap gerai yg kami jumpa, masing - masing mempunyai mangkuk buah serta colok yg diletakkan di suatu sudut yg agak tersorok sedikit. Bersebelahan dgn pasar sayur dan buah tersebut kami melimpasi gerai atau kedai  yg menjual pakaian yg dah "outdated". Yalah..warna pun dah tak berapa jelas, kain pun lusuh. Rakan saya tadi diterpa oleh 2 org penjual wanita kedai tersebut dan memaksa rakan saya utk membeli baju yg mereka jual. Rakan saya membelek baju tersebut dan bertanya kepada saya.."ok tak?" melihat baju yg di tunjukkan kepada saya.. saya pun berkata "eh baju lama ni. dah expired. tak payah la beli. tak nampak ke?" 

Baiklah..apa yg saya ingin jelaskan disini..dari pandangan mata saya baju yg di tunjukkan tadi memang dl kategori outdated. sesuai sangat la kalau jadi kain buruk ke..lap kaki ke.. TAPI... di pandangan mata rakan saya baju tu "OK". Agak hairan jugalah kenapa dia nampak baju tu "OK" walaupun sebenarnya tahap kain buruk. Disebabkan saya dah komen outdated, rakan sy tadi tidak jadi membeli. Perjalanan kami dihalang dan tgn rakan saya digenggam kuat oleh penjual tadi. bayangkan..nerves jugak la kalau kedua tgn dipegang kuat mcm tak mahu lepas dan lepas tu paksa beli pulak. 

Melihat keadaan tersebut saya menarik sekuat hati tgn kwn saya membawanya pergi dan tgn saya pula dipalu kuat oleh penjual wanita tersebut. Sakit tau... Kami berjaya melepaskan diri dan berjalan selaju-lajunya mencari pintu keluar. Setelah berjalan agak jauh, kami tidak berjumpa pintu exit. Lalu saya pun teringat utk membaca ayat kursi beberapa kali dan meraupkan tgn ke muka. Tak sampai 2 min..maka pintu exit kelihatan. Pada saat itu, saya merasakan bahawa kenapa rakan saya nampak baju buruk tadi macam cantik dan lawa krn pandangan matanya mungkin ditutup oleh jin. Yang ke 2, kenapa kami tak jumpa pintu keluar ini mungkin disebabkan juga pandangan mata kami juga dihalang oleh makhluk yg jaga kedai tadi. 

Kami mengambil masa 5 ke 10 min utk cool down. oh ya..rakan sy tadi masih nervous akibat perlakuan kedua wanita tadi. Kami berpusing mencari pasar sayur dan buah tadi. Utk mententeramkan perasaan, maka kwn saya duduk di kedai buah sambil menikmati buah mango yg manis dan segar. 

Peristiwa tadi masih berlegar di fikiran saya namun saya tidak mahu bercakap apa- apa krn bimbang kwn saya ni trauma. Cuma di hati saya bersyukur dan merasakan hikmah wudhu tadi sebenarnya menyelamatkan kwn saya dari membeli baju buruk tadi dan pada masa yg sama menjadi benteng dari segala gangguan yg tidak diinginkan. 

Untuk makluman anda semua, ini bukanlah pengalaman pertama kali saya merasakan wudhu ini melindungi hati dari terpesona dgn brg2 jualan di kedai, ,shopping complex, pasar ikan sayur dsbg. Cerita yg saya kongsikan disini adalah salah satu pengalaman yg cukup untuk mengingatkan diri saya serta anda semua bahawa wudhu ini merupakan salah satu perisai buat diri kita sebagai manusia biasa yg lemah dan mudah dipengaruhi oleh nafsu. 

Mungkin ada yg tak percaya tapi samada anda sedar atau tidak.. kdg2 kita ni beli brg yg tak sepatutnya dan tak penting pun. bila dah sampai rmh baru la tertanya-tanya..kenapa aku beli ek? kan dah membazir. ataupun ..kita plan nak beli 1 brg tapi last2 penuh juga beg plastik di tgn. mcm2 ada..hehe Dan kdg2 kita ni suka sgt masuk kedai baju. Semua baju nampak cantik sampai susah kita nk pilih mana satu nak beli. ataupun paling teruk pun rasa menyesal membeli. 

Maka sekiranya anda mengalami salah satu situasi yg saya nyatakan tadi maka cubalah amalkan berwudhu ni. Dengan izin Allah, anda sendiri dapat "merasakan" perasaan dan perbezaan berbanding dengan kunjungan anda ke tempat berbelanja atau membeli belah.  Telah dinyatakan dalam beberapa hadis bahawa syaitan paling banyak  kat pasar. Oleh itu, sebelum masuk pasar kita digalakkan utk baca doa masuk pasar (boleh google). Rasulullah saw pun ada bersabda (Hadis riwayat Ibnu Hibban, No.1599):

"Sebaik - baik tempat adalah masjid, seburuk - buruk tempat adalah pasar"

So lepas ni, korang cuba la. Wudhu ni bukan setakat jadi benteng kita tau. Tapi pada masa yg sama dapat menyelamatkan bajet korang agar tak terlebih belanja

Sesungguhnya Allah jua lah tempat kita bertawakal dan Allah jualah yg Maha Pelindung dari segala kemudharatan langit dan bumi. 

Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment